Wednesday, July 15, 2009

Menteri Besar Kelantan

Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat


MENTERI BESAR KELANTAN

KATA-KATA ALUAN

Bismillahi rRahman rRahim

Tamadun yang dicetuskan oleh Islam kira-kira 1,400 tahun lalu merupakan tamadun paling unggul dan agung kerana ianya berpaksikan akidah dan tauhid kepada Allah S.W.T.

Nabi Muhammad S.A.W. merupakan pencetus tamadun berkenaan yang berpandukan kepada Wahyu dan mendapat bimbingan langsung daripada Allah S.W.T. menerusi Malaikat Jibrail A.S

Sebagai umatnya, kita semua bertanggungjawab menghidupkan tamadun tersebut demi kesjahteraan.

Saya sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang berusaha untuk membongkar ataupun membangkitkan semula tingkah laku Rasullah S.A.W. seperti budaya berilmu, kaedah mentadbir negara, berpakaian mengikut sunnah dan sebagainya kerana usaha demikian adalah merupakan perbuatan untuk menyatakan cinta dan kasih kita kepada Nabi Muhammad S.A.W. Takdirnya, ia boleh menerbitkan perniagaanpun, maka itu tidak bersalahan.

Usaha yang dilakukan oleh Syarikat Makin Abadi Sdn Bhd adalah merupakan usaha terpuji dan perlu disokong selagi ia menjurus kepada usaha berkenaan. Saya doakan usaha murni ini akan berjaya dan diberkati Allah S.w.T.

Terima kasih, Wasalam

** MEMBANGUN BERSAMA ISLAM **

(TUAN GURU DATO HJ. NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)

Pejabat Menteri Besar Kelantan
Kota Darulnaim
KOTA BHARU

Bertarikh : 30 Jamadil Akhir 1424
28 Ogos 2003

No comments:

Post a Comment