Friday, July 17, 2009

Tawaran memiliki Hakcipta Rekabentuk Capal Nabi

Tawaran Memiliki Hakcipta Rekabentuk Capal Nabi






Makin Abadi ingin menawarkan kepada individu perseorangan, syarikat-syarikat korporat mahupun organisasi dalam dan luar negara negeri yang berminat untuk memiliki 4 lagi rekabentuk capal nabi agar menghubungi kami melalui emai. Hakcipta rekabentuk ini ditawarkan dengan harga yang berpatutan

Keistimewaan dan kelebihan memiliki atau membeli rekaan capal nabi:

1. Kepada mana-mana individu yang memilikinya akan memeprolehi hakcipta peribadi untuk dijadikan koleksi atau kegunaan peribadi dan keluarga sendiri sahaja

2. Kepada syarikat-syarikat korporat atau organisasi dalam dan luar negeri yang berminat untuk membeli hakcipta 4 lagi rekaan capal nabi ini boleh dijual atau dipasarkan ke seluruh dunia dengan harga yang lebih tinggi melalui strategi pemasaran sendiri dan berbeza

Kelebihan Selipar Rekabentuk Capal Nabi

Kelebihan Selipar Rekabentuk Capal Nabi

selipar capal nabi memory













UNIK
Satu-satunya rekabentuk selipar yang unik di dunia ini dan berusia lebih 1400 tahun!

TAHAN LASAK
Selipar Memory mampu menangani apa jua permukaan dan pemakaian.

SELESA
Komposisi selipar yang terdiri daripada Getah + EVA (Ethylene Vinyl Acitate) memberikan keselesaan yang tiada bandingan pada pemakainya.


ANTI-PERCIK
Rekabentuk tumit selipar yang lebar memastikan kotoran tidak terpercik lalu terkena pada pakaian. Tiada lagi was-was! Beribadahlah dengan khusyuk!


ANTI-GELINCIR
Jalinan bunga tapak selipar yang direka khusus untuk memberikan cengkaman. Lantai yang basah tidak lagi menjadi halangan!

ANTI-MELECET
Selamat tinggal celah jari yang melecet akibat tali selipar yang keras dan kasar.





















Thursday, July 16, 2009

Mufti Perak

Mufti Perak
YBhg. Dato' Seri Hj. Harussani bin Hj Zakaria
SPMP., DPMP., JSM., AMN., PKT., PJK.



Jabatan Mufti Negeri
Perak Darul Ridzuan
Tingkat 5, Kompleks Islam,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
3000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Ruj. Kami : Bil (71) M.N.Pk. A351/792
Tarikh : 2 R'awal 1425
22 April 2004

Tn Syed Mohammad Fuaad Al-Attas
Pengarah Urusan
MAKIN ABADI SDN BHD
No. 22, Jalan 1, Taman TAR,
68000 Ampang

Tuan,

SURAT SOKONGAN

Dengan hormatnya merujuk surat tuan MASB/lamanweb/2004 bertarikh 1 Mac 2004

2. Saya menyokong usaha-usaha murni yang dilakukan oleh pihak tuan untuk lebih mengingati, mendekati dan menyintai Rasulullah s.a.w. Dengan cara ini, terutama generasi sekarang, akan lebih menghargai warisan Islam yang amat jarang sekali diambil perhatian. Semoga usaha-usaha ini akan berpanjangan dan diberkati oleh Allah, insyaAllah.

Sekian

Saya yang menurut perintah,

(DATO' SERI (DR) HJ HARUSSANI B. HJ ZAKARIA)
SPMP., DPMP., JSM.,AMN.,PKT.,PJK.,)
Mufti Negeri Perak
Darul Ridzuan

Mufti Sabah


PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH
Tingkat 2, Blog B, Wisma MUIS
Jalan Sembulan, Beg Berkunci 2070
88999 Kota Kinabalu.
SABAH, MALAYSIA

Tarikh : 24 Mac 2004

Bil Lami : PMNS : 100-0/4(42)

Tuan Syed Mohammad Fuaad Al-attas
Pengarah Urusan
Makin Abadi Sdn Bhd
No 22, Jalan 1, Taman TAR
68000 Ampang
SELANGOR DARUL EHSAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Tuan

MEMOHON SURAT SOKONGAN

Dengan hormatnya surat tuan bil MASB/lamanweb/2004 bertarikh 01 Mac 2004 mengenai perkara di atas adalah dirujuk

2. Setelah meneliti permohonan syarikat ini, Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan rasa ikhlas dan sukacita menyokong syarikat ini untuk memasarkan rekabentuk tapak kasut Rasulullah s.a.w. dalam acuan capal, selipar dan sebagainya

3. Semoga usaha syarikat yang murni ini akan dapat membawa ingatan yang baik masyarakat kini kepada amal soleh Nabi s.a.w. yang ma'som

4. Demikianlah dan didoakan semoga tuan sentiasa dinaungi rahmat dan insyah Allah s.a.w. dalam meninggikan syiar Islam yang hanif

Sekian, terima kasih

"NEGARA MAJU MATLAMAT KITA"

DATUK HAJI AHMAD ALAWI HAJI ADNAN
Mufti Kerajaan Negeri Sabah

Mufti Pulau Pinang

Mufti Pulau Pinang

Dato' Hj. Hassan Hj Ahmad


Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
Tingkat 45, KOMTAR 1000 Pulau Pinang

Ruj. Kami : Bil (39) dlm JMN/PP/10/002 Jld.16
Tarikh: 13 Mac 2004
: 21 Muharram 1425H

Pengarah Urusan
No 22, Jalan 1,
Taman Tar
68000 Ampang,
Selangor

Tuan,

SURAT SOKONGAN REKABENTUK TAPAK KASUT NABI MUHAMMAD S.A.W

Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan MASB/lamanweb/2004/2004 bertarikh 1 Mac 2004 berhubung perkara di atas adalah berkaitan

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya menyokong penuh kesungguhan dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh pihak tuan dalam menghasilkan dan memasarkan reka bentuk tapak kasut Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk kasut, selipar, sandal dan capal atas jenama MEMORY

Semoga usaha murni ini akan berjalan dengan jayanya dan mendapat pasaran yang meluas.

Sekian, Terima Kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah

(DATO HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD)
Mufti Kerajaan Negeri
Pulau Pinan

Mufti Negeri Sembilan

Mufti Negeri Sembilan
Dato' Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad


JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TINGKAT 3, BANGUNAN SUK (LAMA)
BEG BERKUNCI NO 45 JALAN DATO HAMZAH
70990 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Ruj Kami : (140)dlm. JMKNNS.209(01)747/1 Jld.3
Tarikh : 22 Safar 1425/12 April 2004

Tn Syed Mohamad Fuaad Al-attas
Pengarah Urusan
Makin Abadi Sdn Bhd
No 22 Jalan 1
Taman Tar
68000 Ampang
Selangor

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Tuan

PENGESAHAN DAN SOKONGAN TERHADAP REKABENTUK TAPAK KASUT NABI MUHAMMAD S.A.W

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas

Setelah saya melihat dan meneliti rekabentuk tapak kasut Nabi Muhammad S.A.W jenama Memory, saya dapati ianya selaras dengan gambaran yang diberikan oleh para ualama sebagaimana yang disebut di dalam beberapa kitab yang muktabar. Saya menyokong penuh usaha mulia ini dan berharap ianya dapat membantu masyarakat untuk meningkatkan perasaan kasih dan sayang kepada Baginda Rasulullah S.A.W

Sekian, Terima Kasih

Salam hormat

DATO' HAJI MOHD MURTADZA HJ AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus