Thursday, July 16, 2009

Mufti Sabah


PEJABAT MUFTI NEGERI SABAH
Tingkat 2, Blog B, Wisma MUIS
Jalan Sembulan, Beg Berkunci 2070
88999 Kota Kinabalu.
SABAH, MALAYSIA

Tarikh : 24 Mac 2004

Bil Lami : PMNS : 100-0/4(42)

Tuan Syed Mohammad Fuaad Al-attas
Pengarah Urusan
Makin Abadi Sdn Bhd
No 22, Jalan 1, Taman TAR
68000 Ampang
SELANGOR DARUL EHSAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Tuan

MEMOHON SURAT SOKONGAN

Dengan hormatnya surat tuan bil MASB/lamanweb/2004 bertarikh 01 Mac 2004 mengenai perkara di atas adalah dirujuk

2. Setelah meneliti permohonan syarikat ini, Pejabat Mufti Negeri Sabah dengan rasa ikhlas dan sukacita menyokong syarikat ini untuk memasarkan rekabentuk tapak kasut Rasulullah s.a.w. dalam acuan capal, selipar dan sebagainya

3. Semoga usaha syarikat yang murni ini akan dapat membawa ingatan yang baik masyarakat kini kepada amal soleh Nabi s.a.w. yang ma'som

4. Demikianlah dan didoakan semoga tuan sentiasa dinaungi rahmat dan insyah Allah s.a.w. dalam meninggikan syiar Islam yang hanif

Sekian, terima kasih

"NEGARA MAJU MATLAMAT KITA"

DATUK HAJI AHMAD ALAWI HAJI ADNAN
Mufti Kerajaan Negeri Sabah

No comments:

Post a Comment